Sayembara KLWBC 2020

Sayembara KLWBC 2020

Sempena Kuala Lumpur World Book Capital 2020, Sayembara Penulisan KLWBC2020 dengan kerjasama PENA dibuka untuk penyertaan.

  • Ia terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira had umur.
  • Karya perlu asli, hasil karya sendiri dan ditulis dalam Bahasa Melayu.
  • Karya mestilah belum/tidak pernah disiarkan/diterbitkan dalam mana-mana bentuk penerbitan.
  • Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan untuk mana-mana kategori yang disertai. Bagaimanapun, peserta hanya layak memenangi satu hadiah bagi setiap kategori.

Tarikh tutup: 31 Julai 2020.

Jangan lupa hantar penyertaan melalui e-mel dan salinan ‘hardcopy’ kepada urusetia. Boleh hubungi En Rozlan di 011-62046242 untuk maklumat lanjut.

Jom meriahkan KLWBC dengan menyertai Sayembara Penulisan ini. Hadiah wang tunai sebanyak RM105,000 untuk dimenangi.

Semak maklumat tentang Sayembara ini di laman Facebook Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).

Leave a Comment