Anugerah Zin Comel Buku United 2020

Anugerah Zin Comel Buku United 2020

ANUGERAH ZIN COMEL BUKU UNITED 2020
(15hb Mac – 15hb Mei 2020)

Penyertaan telah dibuka!

Tunjukkan kreativiti anda dalam mencipta zin comel yang paling comel!
Gerakan #BukuUnited, dengan kerjasama rakan penganjur, CzipLee Malaysia, Premier Art, Kata-Pilar Books dan Mypaperprojects, menganjurkan ANUGERAH ZIN COMEL BUKU UNITED 2020 yang pertama! (#BukuUnitedTZA)

Terbuka kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira umur.
Boleh menghantar lebih dari satu penyertaan tetapi hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

Syarat-syarat penyertaan:
1. Saiz: A4 lipat 16
2. Media & Tema: Bebas (teks + ilustrasi atau ilustrasi sahaja)
3. Bahasa: Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
4. Cara penghantaran:
a) Isi borang atas talian (http://tiny.cc/BUTZA-Form).
b) Tunggu e-mel maklumbalas susulan untuk alamat penghantaran.
c) Hantar zin sebelum tarikh tutup.

Pertanyaan:
tinyzineawards@gmail.com

Dengan menyertai pertandingan ini, semua peserta secara automatik bersetuju karya mereka digunakan untuk tujuan promosi di medsos dan disimpan oleh pihak penganjur untuk #BoxLibraryProject2020.

Hakcipta karya adalah kekal milik pengkarya.

Tarikh pengumuman pemenang: 20 Mei 2020.

SOALAN LAZIM:

1. Apa itu Zin Comel?
Zin comel atau tiny zines ialah zin bersaiz 5.3cm x 7.5cm.

2. Bagaimana menghasilkan zin comel?
Ambil kertas A4 dilipat 16.

3. Boleh ke melukis atau menulis dalam zin comel?
Boleh. Rasa macam kecil, tapi comel dan boleh memuatkan karya anda.

4. Apakah tema zin comel?
Bebas. Teks dan/atau lukisan.

5. Apakah bahan utama untuk menghasilkan zin comel?
Kertas A4

6. Bagaimana membuat teks/ilustrasi?
Boleh lukis/tulis terus di atas kertas A4. Atau buat secara digital dan cetak (ini perlukan sedikit kemahiran menyusun di komputer atau aplikasi design).

7. Bagaimana menghantar penyertaan?
Isi borang di http://tiny.cc/BUTZA-Form

8. Bilakah akan diumumkan pemenang?
Pada 20 Mei 2020. Hadiah sangat awesome. Jadi hadiah hari raya.

9. Siapa akan simpan zin comel?
Semua penyertaan akan dimasukkan dalam #BoxLibraryProject2020.

10. Zin comel ini untuk kanak-kanak ke?
Walaupun zin ini comel, ia bukan untuk kanak-kanak sahaja.

Ikuti page ini untuk maklumat lanjut: https://www.facebook.com/bukuunited.tza/. Jangan lupa LIKE dan FOLLOW untuk mengikuti perkembangannya dari masa ke semasa.

CARA MELIPAT ZIN COMEL – 16 MUKASURAT

Panduan oleh Emila Yusof

VIDEO CARA MELIPAT ZIN

Anugerah Zin Comel Buku United 2020 by arnorsaadah

Jangan lupa hantar penyertaan anda. Jom meriahkan koleksi zin comel untuk #BoxLibraryProject2020.