Tentang Kami

Buku United ialah satu gerakan yang menggabungkan penerbit kecilan dan penulis swaterbit. Idea untuk menubuhkan gabungan ini hasil daripada perbincangan beberapa penerbit kecilan. Kami mengalu-alukan penyertaan penerbit kecilan dan penulis swaterbit untuk bersama kami dalam agenda membangunkan minda masyarakat.

OBJEKTIF

1. Membina jaringan sesama penerbit kecil di Malaysia.
2. Perkongsian ilmu, pengalaman dan info industri buku.
3. Membentuk kolaborasi mampan sesama pemain industri.

MISI

1. Membangunkan penerbit kecilan dalam penghasilan konten berkualiti yang dicari-cari pembaca.
2. Membina penerbit kecilan yang berdaya saing dalam meningkatkan keuntuungan melalui sistem sokongan sesama ahli.
3. Memberi peluang penebit kecilan untuk membina nama dalam ekosistem perbukuan yang kondusif (tulis-cetak-edar-pasar-jual-jenama).

STRATEGI

Membina jaringan mantap melalui:
– Bibliotour
– JV dengan pihak korporat
– JV dengan penerbit
– JV dengan media
– JV dengan pereka grafik/ilustrator

Menghasilkan konten berkualiti:
– Bengkel
– Seminar
– Perundingan
– Bedah buku

Kemampanan laba:
– Harga tetap buku
– Pavilion #bukuunited

Kuala Lumpur telah diumumkan sebagai Ibu Kota Buku Dunia bagi tahun 2020. Kami melihat wujud peluang untuk penerbit bergiat dalam acara dan aktiviti yang akan dianjurkan sempena Kuala Lumpur World Book Capital 2020.

Laman web ini mengumpulkan maklumat dan artikel berkaitan industri buku, panduan penulisan dan penerbitan, direktori penerbit dan aktiviti dunia perbukuan. Dengan cara ini laman ini akan menjadi sumber rujukan dan memudahkan pembaca dan peminat buku untuk mengenali penerbit. Penulis dan bakal penulis juga boleh berhubungan dengan penerbit yang sesuai untuk menghantar manuskrip mereka dan membincangkan kebolehterbitan manukrip menjadi buku.

Mari sama-sama meriahkan industri buku. Hubungi kami di bukuunited@gmail.com untuk sebarang soalan dan cadangan.